SemarakFM Radio Online Masjid

Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy
Selamat Datang ke Laman Web M.Q.T.S JHEAINS: TWU: 1000-1/1/35 Jom belajar! Niat Ikhlas > Ilmu Al Quran & Sunnah > Beramal Update Page: Arkib Dakwah MP3 SemarakFM & Aktiviti Masjid

Tidak Memulakan Solat Jama’ah Selagi Saf Belum Benar


Kata Al-Imam Ar-Rafi’i rahimahullah (Wafat: 623H) dan An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

ويستحب للامام ان لا يكبر حتى تستوى الصفوف ويأمرهم بذلك ملتفتا يمينا وشمالا وإذا فرغ المؤذن من الاقامة قام الناس واشتغلوا بتسوية الصفوف

“Dan disunnahkan bagi seorang imam untuk tidak memulakan takbir (solat) kecuali setelah saf-saf dirapikan sambil imam tersebut mengarahkan dengannya orang-orang yang di kanan dan di kiri. Apabila mu’adzin selesai dari iqamah, maka para jama’ah hendaklah bangun lalu merapikan saf-saf.” (Fathul ‘Aziz bi Syarah Al-Wajiz, 4/380. Raudhatuth Thalibin, 1/369)

Syaikh Zakariya Al-Anshari rahimahullah (Wafat: 926H):

( وَيُسْتَحَبُّ قَبْلَ التَّكْبِيرِ ) لِلْإِحْرَامِ ( أَنْ يَأْمُرَهُمْ الْإِمَامُ بِتَسْوِيَةِ الصُّفُوفِ ) كَأَنْ يَقُولَ اسْتَوُوا رَحِمَكُمْ اللَّهُ ، أَوْ سَوُّوا صُفُوفَكُمْ لِخَبَرِ الصَّحِيحَيْنِ { اعْتَدِلُوا فِي صُفُوفِكُمْ وَتَرَاصُّوا فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَائِي } قَالَ أَنَسٌ رَاوِيهِ { فَلَقَدْ رَأَيْت أَحَدَنَا يُلْصِقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمَهُ بِقَدَمِهِ } وَلِخَبَرِ مُسْلِمٍ { كَانَ يُسَوِّي صُفُوفَنَا كَأَنَّمَا يُسَوِّي بِهَا الْقِدَاحَ } ( وَ ) أَنْ ( يَلْتَفِتَ ) لِذَلِكَ ( يَمِينًا وَشِمَالًا )؛ لِأَنَّهُ أَبْلَغُ فِي الْإِعْلَامِ ( وَأَنْ يَقُومُوا بَعْدَ فَرَاغِ ) الْمُقِيمِ مِنْ ( الْإِقَامَةِ ) فَيَشْتَغِلُوا بِتَسْوِيَةِ الصُّفُوفِ لِخَبَرِ مُسْلِمٍ { لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ، أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ }

“Dan disunnahkan bagi seorang imam sebelum memulakan takbir dengan takbiratul ihram agar dia memerintahkan (para makmum) dengan perintah merapikan saf-saf solat iaitu dengan mengatakan (seperti):

Istawuu rahimakumullah (rapikanlah saf agar kamu dirahmati Allah).” Atau “Sawwu shufufakum (Rapikanlah saf-saf solat kamu).” 

Ini sebagaimana yang dikhabarkan dalam dua kitab Shahih:

“Rapikanlah saf-saf kamu dan merapatlah, sesungguhnya aku melihat kamu dari balik punggungku.” Anas berkata, “Bahawasanya aku melihat setiap orang saling merapatkan bahunya dengan bahu sahabatnya yang di sebelah, dan kakinya dengan kaki saudaranya yang di sebelah.” Dan diriwayatkan oleh Muslim, “Beliau (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) biasa merapikan saf-saf kami seolah-olah beliau sedang meluruskan anak panah.”

Dan sambil itu dia menoleh ke kanan dan ke kiri, kerana itu lebih menyampaikan pada kesempurnaan. Dan imam juga disunnahkan untuk menyibukkan diri saf-saf para makmum sebaik iqamah selesai dikumandangkan sebagaimana dikhabarkan dalam Shahih Muslim:

“Kamu hendaklah benar-benar merapikan saf-saf kamu atau Allah menjadikan perselisihan di antara wajah-wajah kamu.” (Syarah Raudhatuth Thalib, 3/324)

Kata Ibnu Hajar Al-Haitami rahimahullah (Wafat: 974H):

وَفِيهِ أَيْضًا يُسَنُّ بَعْدَ الْإِقَامَةِ لِكُلِّ أَحَدٍ، وَالْإِمَامُ آكَدُ الْأَمْرُ بِتَسْوِيَةِ الصُّفُوفِ بِنَحْوِ اسْتَوُوا رَحِمَكُمْ اللَّهُ وَأَنْ يَلْتَفِتَ بِذَلِكَ يَمِينًا، ثُمَّ شِمَالًا فَإِنْ كَبُرَ الْمَسْجِدُ أَمَرَ الْإِمَامُ مَنْ يَأْمُرُ بِالتَّسْوِيَةِ فَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ، أَوْ يُنَادِي فِيهِمْ وَيُسَنُّ لِكُلِّ مَنْ حَضَرَ أَنْ يَأْمُرَ بِذَلِكَ مَنْ رَأَى مِنْهُ خَلَلًا فِي تَسْوِيَةِ الصَّفِّ

“Padanya juga disunnahkan bagi setiap orang sebaik dikumandangkan iqamah dan juga imam agar memerintahkan dengan merapikan saf-saf dengan mengatakan “istawuu rahimakumullah (rapikanlah saf supaya Allah merahmati kamu.” Dan imam juga dianjurkan memeriksa bahagian kanannya kemudian kiri. Jika masjid tersebut besar (atau luas), maka imam boleh mewakilkan petugasnya untuk memerintahkan para makmum dengan perintah merapikan saf. Dan sesiapa sahaja dari kalangan makmum yang melihat ada kekosongan di saf, maka disunnahkan baginya untuk memerintahkan para makmum yang lainnya untuk sama-sama merapikan dan merapatkan saf.” (Tuhfatul Muhtaj bi Syarah Al-Minhaj, 5/119)

- Dipetik dari http://www.ilmusunnah.com
semarakfmadmin
semarakfmadmin

Previous
Next Post »