SemarakFM Radio Online Masjid

Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy
Selamat Datang ke Laman Web M.Q.T.S JHEAINS: TWU: 1000-1/1/35 Jom belajar! Niat Ikhlas > Ilmu Al Quran & Sunnah > Beramal Update Page: Arkib Dakwah MP3 SemarakFM & Aktiviti Masjid

BAB KELEBIHAN MEMBINA MASJID



Ketahuilah kiranya saudaraku, membina masjid itu amat besar kelebihannya berdasarkan hadith Turmudzi:

Sumber Uthmaan b. Affan, katanya: Siapa membinakan sebuah masjid kerana Allah(dengan iklas), nescaya Allah akan membinakan untuknya seumpamanya syurga

Kata Abu Isa At-Turmudzi, dalam bab ini terdapat beberapa hadith sumber Abu Bakar As-Siddiq, Umar, Ali, Abdullah b. Umar, Anas, Ibnu Abbas, Aisyah, Hurairah dan Jaabir b. Abdullah. Kedudukan hadith ini Hasan.

Di samping itu didapati Nabi SAW bersabda:
Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.[Hadith  riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Masalah: Hukum membesarkan masjid
Ya saudaraku, pada kira-kira tahun 30 Hijriyyah, Khalifah Uthman b. Affan r.a menyedari penduduk kota Madinah telah meningkat ramai di mana memerlu diluaskan Masjid Nabi SAW menyebabkan ada bantahan dariapda orang ramai dan khalifah berkata:
Sungguhnya kamu banyak membantah, sedangkan sungguhnya saya mendengar Nabi SAW bersabda, Siapa membina masjid kerana mencari keredhaan Allah pastilah Allah akan membinakan untuknya seumpamanya dalam syurga.[Hadith Riwayat Al-Bukhari]

Masalah: Berpahalakah membaiki masjid?
Ya saudaraku, hadith sebelum ini menunjukkan berpahala membina masjid, manakala membaikinya juga telah disahkan oleh ulama sebagai membinanya(secara mengambil pengertian yang sama). Demikian juga jika membinanya secara bergotong-royong, di mana masing-masing orang akan memperoleh pahala.

Masalah: Bolehkah pahala membina masjid secara beramai-ramai?
Berdasarkan hadith-hadith yang telah disebut yang menggalakkan membina masjid sama ada besar atau kecil. Manakala hadith yang dikeluarkan Ibnu Khuzaimah menyebut, .sekalipun sebesar sangkar burung Qutaat. Sedangkan keluasan ini amat sempit, maka menunjukkan boleh membina (atau membaiki) masjid secara berkongsi dan masing-masing akan mendapat pahala menurut sumbangannya.

Masalah: Hukum atau akibat membina masjid tanpa ikhlas.
Ya saudaraku, ruh atau jiwa bagi sekalian pekerjaan itu ialah ikhlas. Siapa membuat ibadah tanpa ikhlas, iaitu dengan riya(suka memperlihatkan) dan samah (suka memperdengarkan), maka tiadalah dia memperoleh pahala dan tidaklah memperoleh balasannya di akhirat; seperti dia ingin memasyhurkan nama dan ingin bermegah, sebagaimana kata Ibnu Jauzi, Siapa menuliskan namanya di atas masjid yang dibinanya, maka dia adalah jauh daripada ikhlas. Sebab maksud Nabi SAW ialah, Siapa membina masjid kerana Allah.

Masalah: Balasan bagi orang yang membangunkan masjid.
Balasannya ialah Allah akan membinakan sebuah rumah seumpamanya di syurga. Kata Imam An-Nawawi, maksud rumah seumpamanya itu ialah; 1) rumah besar(istana) yang tidak pernah di lihat mata dan tidak pernah di dengar telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati seseorang. 2) rumah yang mempunyai kelebihan daripada rumah-rumah dalam syurga seperti kelebihan masjid berbanding dengan rumah-rumah dalam dunia. 

SUMBER

http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/index.html
Bayati
Bayati

Previous
Next Post »